Friday, February 3, 2012

Birthday shout out to Evil Maknae!


╔╗─╔╦═══╦═══╦═══╦╗──╔╗
║║─║║╔═╗║╔═╗║╔═╗║╚╗╔╝║
║╚═╝║║─║║╚═╝║╚═╝╠╗╚╝╔╝
║╔═╗║╚═╝║╔══╣╔══╝╚╗╔╝
║║─║║╔═╗║║──║║────║║
╚╝─╚╩╝─╚╩╝──╚╝────╚╝
╔══╗╔══╦═══╦════╦╗─╔╦═══╦═══╦╗──╔╗
║╔╗║╚╣╠╣╔═╗║╔╗╔╗║║─║╠╗╔╗║╔═╗║╚╗╔╝║
║╚╝╚╗║║║╚═╝╠╝║║╚╣╚═╝║║║║║║─║╠╗╚╝╔╝
║╔═╗║║║║╔╗╔╝─║║─║╔═╗║║║║║╚═╝║╚╗╔╝
║╚═╝╠╣╠╣║║╚╗─║║─║║─║╠╝╚╝║╔═╗║─║║
╚═══╩══╩╝╚═╝─╚╝─╚╝─╚╩═══╩╝─╚╝─╚╝

╔═══╦╗─╔╦═══╗ ╔╗╔═╦╗──╔╦╗─╔╦╗─╔╦╗──╔╦╗─╔╦═╗─╔╗
║╔═╗║║─║║╔═╗║ ║║║╔╣╚╗╔╝║║─║║║─║║╚╗╔╝║║─║║║╚╗║║
║║─╚╣╚═╝║║─║║ ║╚╝╝╚╗╚╝╔╣║─║║╚═╝╠╗╚╝╔╣║─║║╔╗╚╝║
║║─╔╣╔═╗║║─║║ ║╔╗║─╚╗╔╝║║─║║╔═╗║╚╗╔╝║║─║║║╚╗║║
║╚═╝║║─║║╚═╝║ ║║║╚╗─║║─║╚═╝║║─║║─║║─║╚═╝║║─║║║
╚═══╩╝─╚╩═══╝ ╚╝╚═╝─╚╝─╚═══╩╝─╚╝─╚╝─╚═══╩╝─╚═╝


Thursday, February 2, 2012

Sekadar Sebuah Renungan : Rahsia di sebalik kejayaan orang yang tak solat

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar?

Adakah kita faham selama ini tidak benar?Maka saya hendak bertanya kepada anda.Adakah anda tahu apa itu istidraj?Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak.

Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.Nah… Apakah itu yang kita mahu?Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.

Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”ALLAH menjawab,“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?Saya yakin tidak..Anda tenang sekarang?Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Sumber: http://pemaniskata.blogspot.com

Ustaz Azhar Idrus

Thursday, January 12, 2012

Yeoungwon haja Suju+ELF

SJ thanks ELF through twitter after winning GDA :D

26th Golden Disk Award DAESANG. We did it!!


Super Junior menang besar malam semalam sempena 26th Golden Disk Award yang berlangsung di Osaka, Jepun. Mereka meraih empat anugerah iaitu "Most Popular Artist Award" (Inkisang), "MSN Japan Award", "Album Award" (Bonsang) dan juga "Grand Prize Award" (Daesang) untuk jualan album terbanyak sepanjang 2011 melalui album kelima mereka iaitu "Mr.Simple". CHUKAHAE SJ & ELF^^

Tuesday, January 3, 2012

2012 Play! Konsert FT Island di Malaysia



Hello Hello Malaysia Primadonna!^^

Band Korea terhangat FT Island akhirnya akan datang ke Malaysia untuk konsert solo pertama mereka pada 14 Januari 2012 di Stadium Negara. Suara Hongki yang merdu berserta alunan gitar dan dram yang hebat oleh Jong Hoon, Jae Jin, Seung Hyun dan Min Hwan boleh didengar secara Live dengan membeli tiket-tiket yang berharga RM138 (P3), RM248 (P2), RM368 (P1) dan RM468 (Rock Zone). Tiket-tiket dah mula dijual sejak 9 disember lepas di iLasso dengan menghubungi 03-7957 6088 atau melalui agen tiket iLasso atau Square Roots di talian 03-8023 4376. Tiket juga boleh dibeli online di www.ilassotickets.com.
Info lanjut sila telefon Square Roots :D



Sunday, January 1, 2012

Monday, November 28, 2011

Apa Cerita?- 2PM hands up asia tour in Malaysia Press Conference & Concert







Pop Dance Group, 2PM telah berada di Malaysia selama lebih kurang 4 hari 3 malam sempena dengan konsert jelajah Asia, bermula daripada hari rabu sehinggalah hari sabtu. Kali ni aku rasa sangat bertuah sebab berpeluang menghadiri press conference jugak selain daripada ke konsert mereka.

Press conference 2PM diadakan di Hotel Hilton KL bermula pukul 3.30 petang di sentral ballroom B pada hari khamis 24 november 2011. Ini merupakan kali pertama aku pergi press conference, satu peluang yang dah lama sangat ditunggu-tunggu. Ini atas dasar untuk menyiapkan assignment TV directing dan jugak pada masa yang sama mencapai mimpi aku selama ni. Atas kerjasama ntv7 dan penganjur konsert, Star Planet maka tercapailah impian ini XD.

Rasa seronok dapat tengok ahli kumpulan 2PM secara dekat, Taecyeon, Nichkhun, Junsu, Wooyoung, Junho dan Chansung sangat hensem!!!

Esoknya pulak, 25 november 2011..masa untuk buat liputan untuk konsert. Secara keseluruhannya aku sangat puas hati dapat tengok konsert ni, di mana sebanyak 25 buah lagu telah dipersembahkan berserta dengan VCR yang menarik dan persembahan 2PM memang best,cuma pada pendapat aku saiz stage tu mungkin patut lebih besar lagi daripada tu. Fanservice pun bagus, especially Taecyeon yang sanggup "terjun" dalam area rockzone untuk lebih dekat dengan fans. Harap-harap mereka akan datang lagi dan aku akan pegang kata-kata Junho "saya akan balik lagi". Sesungguhnya ini memang satu pengalaman yang best dan aku harap dapat pergi press conference Super Junior pulak lepas ni :) PUT YOUR HANDS UP!


Sunday, November 13, 2011

Itulah Yang Terjadi


Kalau boleh putar masa..aku akan pilih untuk buat benda lain, Kalau boleh putar masa..aku tak kan pilih mereka, Kalau boleh putar masa..mereka akan jadi pilihan terakhir aku, Kalau boleh putar masa..aku tak kan menghabiskan masa, tenaga, dan keringat yang akhirnya sia-sia, Kalau boleh putar masa..aku tak kan melibatkan orang lain untuk turut sama-sama susah kerana benda ini..


Sunday, November 6, 2011

Happy 6th Anniversary my Super Junior


Because I chose to love them, and to be inside the Pearl sapphire blue sea..Lets continue to fill the sky with pearl sapphire blue balloons.
It's not and END but an AND
6th November 2005-6th November 2011

pics credit to:sup3rjunior.com

Saturday, November 5, 2011

Super Junior K.R.Y Anniversary


Happy 5th anniversary to SJ sub group, SJ K.R.Y Kyuhyun, Ryeowook and Yesung. Your voices is heaven people!

Mnet Live Concert in KL..MIRACLE




Mengapakah ianya adalah keajaiban, jawapannya, sebab dah jumpa Super Junior, dah jumpa Beast, bakal jumpa 2PM dan bakal jumpa f(x), jadi Fandom akan lengkap!! Hoping for another miracle, SS4 in Malaysia Please!! Mnet Live Concert di KL akan diadakan pada 3 Disember nanti, di Stadium MBPJ. Walaupun hanya mampu beli tiket yang paling murah, tapi aku tetap buat keputusan untuk pergi dengan menempah tiket melalui Super Junior Malaysia Family. Asalkan dapat pergi dah kira ok, harap-harap SS4 akan buat dekat Malaysia nanti supaya aku boleh beli tiket VVIP, Insya-Allah amin :)

Saturday, October 15, 2011

#26HAEppybday Aiden Lee Donghae

A very happy birthday to the most famous member of SJ, Hae oppa. Keep on smiling, I love you :)

Sunday, October 9, 2011

Put your hands up! MyHottest


Akhirnya 2PM akan datang ke Malaysia sempena Hands Up Asia Tour 2011. Presale untuk tiket telah diadakan semalam di Viva Home Cheras dan lebih kurang 1 jam setengah je, tiket vvip dah sold out..Hebat! Untuk yang belum beli tiket lagi bolehlah pergi ke outlets Speedy video atau Rock Corner yang berhampiran, ataupun beli secara atas talian di laman web ticketcharge. Put your hands up^^



Seating Plan

Ini kami punya^^

Friday, September 9, 2011

Kisah raya-raya & Semester baru

Setelah berpuasa selama 29 hari, umat Islam kat Malaysia ni pun menyambut hari raya pada 30 Ogos lepas. Aku, mcm biasa beraya di Perak. Bagi aku takde apa yang menarik pun raya kali ni, sekadar menghabiskan masa menonton tv yang mana kebanyakan daripada filem-filem yang ditayangkan tu aku dah pernah tengok. Selain tu aku seperti biasa jugak meneliti kuih-kuih tunjuk yang ada kat dapur, sekadar melihat-lihat kalau-kalau ada kuih yang aku tak pernah tengok dan kali ni aku jumpa tart yang berwarna ungu perisa blueberry, bak kata Usop Wilcha "euww perisa blueberry, my favourite"XD

Hari raya yang ketiga barulah berpeluang menziarah rumah sedara-mara sekitar Perak, itupun hanya pegi rumah Mak long Eni dengan rumah Opah Ham di Pekan Sungkai. Alhamdulillah aku masih dapat duit raya walaupun tak sebanyak tahun-tahun sebelumnya, almaklumlah patutnya tak layak dpt pun. Duit raya kali ni berjumlah "Ee baek sa ship ringgit" je, yang mana paling latest dibagi oleh Aunty Farah semalam, classmate Kelas bahasa Korea aku^^.

Kisah raya dah habis, semester baru pulak dah nak bermula. satu perkataan je untuk menggambarkan perasaan aku, BOSAN. Tapi memandangkan ini merupakan semester terakhir sebelum start praktikal, aku akan cuba buang rasa bosan tu. Harap-harap semester ni lebih baik berbanding yang sebelum-sebelumnya.

Sunday, August 28, 2011

We Will Wait For Kim Heechul


22 ogos lalu aku menangis, dan hari ini aku menangis lagi, kenapa? mungkin kalau diceritakan sebabnya, orang yang bukan kipas susah mati macam aku ni akan ketawa. Sebabnya hanya kerana Kim Heechul akan menyertai aktiviti ketenteraan yang wajib untuk kaum lelaki Korea Selatan. Aku sedih sebab bagi aku dia dan ahli2 SJ yang lain banyak buat aku ketawa, kagum, bersemangat, menangis dan macam-macam lagi perasaan yang tak dapat digambarkan.Mereka ibarat vitamin apatah lagi Heechul merupakan salah satu daripada tulang belakang SJ selain Leeteuk yang akan turut menyertai latihan ketenteraan tahun depan.


Sekali lagi terima kasih kerana mewarnai dunia aku dengan bermacam ragam. Mungkin tempoh 2 tahun ni aku akan rasa macam sedikit kekurangan, tapi memikirkan yang oppa akan kembali sebagai seorang yang lebih baik lagi pada masa akan datang, kami akan terus menunggu saat dia tamat latihan tersebut.

Hari ni merupakan persembahan terakhirnya di pentas Inkigayo sebelum menyepi selama 2 tahun. Aku harap tahun-tahun tanpa Kim Heechul akan berlalu dengan cepat. Cepatlah kembali dan buat kami ketawa lagi. 1 September, permulaan baru untuk Kim Heechul, Super Junior dan juga kami E.L.F.



Milky White Skin Kim Heechul Saranghaeyo Kim Heechul!

Wednesday, August 24, 2011

Mrshfly3424day


Happy birthday Yesung oppa..Keep on singing with your beautiful voice^^

Sunday, July 10, 2011

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream