Wednesday, September 29, 2010

Angan-angan Dengan Gurindam



Bangkitlah bangkit!
Mengapa tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri
Kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita?
Bangkitlah bangkit!
Tidakkah ingin menjadi kayang dengan bangat?
Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah
Di tanah kita?
Bijih dan getah!bijih dan getah!inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat disitu
Bijih dan getah!bijih dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Janganlah asyik dengan berjoget
Lihatlah kekayaan loke yew chow kit!
Hartanya beribu bermillion ringgit
Segeralah tuan janganlah lengah
Segera berbudi kepada tanah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laun usaha dan penat dibalaskannya

-OMAR MUSTAFFA-

Assalammualaikum

Dah lama tak baca sajak ni. Sajak ni bertajuk Angan-angan dengan Gurindam hasil karya Omar Mustaffa, dipetik daripada buku sastera "Bacalah Dalam Bahasamu" masa tingkatan empat dan lima dulu.

Sajak ni ada maksud yang sangat mendalam dan sesuai sangat dengan mood aku yang semakin malas, lebih-lebih lagi sebab sekarang ni semester dah nak tamat. Malas nak pergi kelas, malas nak buat assignment..pendek kata serba-serbinya malas, tambah lagi dengan persekitaran tempat ni yang tak berapa menyeronokkan. Jadi tujuan aku pos sajak ni kat sini adalah untuk memberi sedikit kesedaran kepada diri sendiri yang terlampau leka dan hanyut dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Bangkitlah-bangkit!

Wassalam

Monday, September 27, 2010

mStar Online : Kerjasama Antara UiTM Dan Universiti Ohio Imbau Kenangan Bersama Tun Abdul Razak


mStar Online : Kerjasama Antara UiTM Dan Universiti Ohio Imbau Kenangan Bersama Tun Abdul Razak

Assalammualaikum..
Bagi aku, jasa bekas Perdana Menteri kita yang kedua iaitu Tun Abdul Razak memang sangat besar. Beliau telah menyatupadukan kaum di Malaysia ni. Jadi sebagai salah seorang pelajar UiTM, usaha untuk mengenang jasa beliau yang akan diadakan pada 30 September ini amatlah membanggakan.

Wassalam

Saturday, September 25, 2010

Pengalaman Berharga

Assalammualaikum..

Kelas animation semalam telah memberi satu pengalaman berharga bila kami harus membuat pembentangan drama bersiri 13 episod rekaan sendiri di hadapan wakil Filmscape Production dan PTS Publication. Siapa yang tak kenal dengan Filmscape Production, lebih-lebih lagi bila drama terbitan mereka jadi satu fenomena kat Malaysia ni. Tak lain tak bukan drama Nur Kasih yang memang mantap tu.

Peluang membuat pembentangan di hadapan mereka memang satu pengalaman yang amat berguna bagi kami sebagai langkah persediaan untuk bekerja di dalam industri nanti.

Wassalam

Friday, September 24, 2010

Website Opening Promotion ~ Lucky Draw! | Korea Tourism Organization

Website Opening Promotion ~ Lucky Draw! | Korea Tourism Organization

Assalammualaikum
Adakah anda orang yang bertuah itu?..Jom daftar kat website Korea Tourism Organization, mana la tau boleh menang cabutan bertuah ni. Hadiah memang lumayan, lebih-lebih lagi bagi peminat negara Kimchi ni macam aku. Hadiah utama merupakan tiket penerbangan ke Korea. Jadi kalau nak, boleh la daftar sekarang sampai 30 Oktober ni:)

Wassalam

myMetro | Mentua berdarah dibelasah menantu

myMetro | Mentua berdarah dibelasah menantu

Assalammualaikum..
Lepas baca berita melalui Harian Metro Online melalui link kat atas ni, aku rasa entah ke mana perginya sifat sebenar manusia. Semakin moden, semakin menjadi-jadi perangai manusia yang seolah-olah bertukar menjadi ganas dan langsung tidak berperikemanusiaan. Yang pasti Kiamat sememangnya semakin menghampiri dan bukan semakin jauh. Bila? hanya ALLAH sahaja yang tahu. Insaflah manusia-manusia sekalian dan jangan terpengaruh dengan bisikan syaitan yang direjam!

Wassalam

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream