Wednesday, September 29, 2010

Angan-angan Dengan Gurindam



Bangkitlah bangkit!
Mengapa tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri
Kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita?
Bangkitlah bangkit!
Tidakkah ingin menjadi kayang dengan bangat?
Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah
Di tanah kita?
Bijih dan getah!bijih dan getah!inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat disitu
Bijih dan getah!bijih dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Janganlah asyik dengan berjoget
Lihatlah kekayaan loke yew chow kit!
Hartanya beribu bermillion ringgit
Segeralah tuan janganlah lengah
Segera berbudi kepada tanah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laun usaha dan penat dibalaskannya

-OMAR MUSTAFFA-

Assalammualaikum

Dah lama tak baca sajak ni. Sajak ni bertajuk Angan-angan dengan Gurindam hasil karya Omar Mustaffa, dipetik daripada buku sastera "Bacalah Dalam Bahasamu" masa tingkatan empat dan lima dulu.

Sajak ni ada maksud yang sangat mendalam dan sesuai sangat dengan mood aku yang semakin malas, lebih-lebih lagi sebab sekarang ni semester dah nak tamat. Malas nak pergi kelas, malas nak buat assignment..pendek kata serba-serbinya malas, tambah lagi dengan persekitaran tempat ni yang tak berapa menyeronokkan. Jadi tujuan aku pos sajak ni kat sini adalah untuk memberi sedikit kesedaran kepada diri sendiri yang terlampau leka dan hanyut dengan perkara-perkara yang tak berfaedah. Bangkitlah-bangkit!

Wassalam

No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream