Sunday, October 10, 2010

Kuala Lumpur 2010 Showdown of Champions A Night Of Tennis Aces


Assalammualaikum..

Alkisahnya, malam hari jumaat yang lepas, 8 Oktober 2010 aku dan beberapa orang rakan pergi menonton perlawanan tenis kat Stadium Malawati Shah Alam lepas dapat jemputan melalui pejabat kolej Melati. Acara ni wajib dan surat pengecualian kuliah turut disediakan. Sebenarnya aku langsung tak faham peraturan permainan tenis , tapi saja nak tengok nama-nama besar dalam sukan tenis macam Anna Kournikova, Martina Hingis, Pat Cash, Ivan Lendl, Boris Becker ngan Goran Ivanisevic beraksi depan mata. Selebihnya nak tengok persembahan dari artis antarabangsa, Jay Sean.

Acara ni start lebih kurang pukul enam ptg, masa kami sampai first game dah mula. Dengar cerita acara ni disiarkan secara langsung di 61 buah negara dan melibatkan enam orang pemain tenis. Apa yang membuatkan perlawanan tenis ni tak bosan ialah sebab pemain-pemain tu buat lawak masa game berlangsung, terutamanya Pat Cash ngan Goran Ivanisevic tu. Lebih menggamatkan stadium bila dorang lempar bola tenis yang siap ada signature ke arah penonton. Keadaan tambah gamat bila tiba perlawanan terakhir iaitu mix double match di mana Anna Kournikova berpasangan dengan Goran Ivanisevic manakala Martina Hingis pulak dengan Pat Cash.

Acara penutup diakhiri dengan persembahan daripada Jay Sean yang menyanyikan lebih kurang enam buah lagu, termasuk lagi hits dia "Down". Agak sakit telinga jugaklah bila ada sorang peminat fanatik ni menjerit-jerit kat sebelah aku. Lebih kurang pukul 12 malam, acara pun tamat dan kami
balik UiTM naik bas yang disediakan. Ini merupakan satu lagi pengalaman baru bagi aku bila dapat tengok satu acara tenis yang boleh kata besar jugaklah di depan mata sendiri. Satu je yang dikesalkan, makanan yang dijanjikan sampai ke sudah tak dapat, cuma nasi yang hampir basi je yang ada selepas acara tamat!

Wassalam

Gambar Ihsan : Siti Maisarah Ahmad & Karmilla Natasha

Saturday, October 9, 2010

Insya-ALLAH

Insya Allah-Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Assalammualaikum..
P/S: Lirik di atas merupakan sebuah lagu dendangan Maher Zain, yang sebenarnya bukan baru di negaranya, tapi baru popular di negara kita Malaysia. Aku sangat tertarik membaca kisah hidup Maher Zain, yang sebelum ini merupakan seorang kaki kelab malam, dan dia sendiri mengaku
yang dia sangat jahil dan lalai dengan keseronokan duniawi yang tak seberapa ni. Alhamdulillah dengan kuasa Allah yang maha besar, dia diberi petunjuk dan akhirnya berubah sehingga mampu menghasilkan lagu-lagu yang hebat, seperti lagu Insya-Allah ni.

Sesungguhnya, manusia memang tak akan mampu menikmati syurga tanpa keihklasan di hatinya. Betapa besarnya kuasa Allah hingga mampu membalikkan hati manusia itu.

Wassalam

Friday, October 8, 2010

Usah salahkan orang lain jika gagal

SETIAP orang pasti mengalami pengalaman me
nghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.

Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.


Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.


Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

PETIKAN DARI TAZKIRAH USTAZ ZAWAWI YUSOH:
Assalammualaikum..

P/S: Bagi pendapat aku, tazkirah di atas ni memang bagus untuk sedarkan diri sendiri mengenai kelemahan yang sebenarnya ada dalam diri kita, supaya tak terus menyalahkan orang lain. Ingatlah satu jari kita menuding ke arah orang lain sedangkan sebenarnya kita tak sedar yang masih ada lagi baki 9 jari yang menuding ke arah diri kita sendiri.

Ada juga manusia yang biasanya merasakan yang dia memang betul dan tahu 100% dalam semua perkara. Kadang-kadang tu memang dah terang lagi bersuluh yang dia salah, tapi masih je cuba nak menegakkan benang yang basah. Semoga tazkirah di atas boleh memberi kita sedikit panduan untuk terus mengharungi dunia yang dipenuhi dengan manusia yang pelbagai ragam.

Wassalam.

Thursday, October 7, 2010

Minggu akhir semester

Assalammualaikum..
Sedar tak sedar, sekarang dah pun menghampiri minggu terakhir untuk semester ini yang memang sangat pendek. Masa ni jugaklah masih banyak assignment yang perlu dibuat, lebih-lebih lagi untuk subjek Animation, yang memerlukan aku melukis, dan membuat design.

Melukis dan mengira, sesuatu yang aku tak pernah suka sejak dari sekolah dulu. Aku memang langsung tak ada bakat dalam melukis ni, jadi memang anti sangat dengan subjek pendidikan seni dan matematik. Lebih-lebih lagi cikgu matematik aku masa darjah 6 dulu pernah cakap yang lukisan dengan matematik tu ada kaitan sikit. Jadi memang wajar la aku tak suka dua-dua subjek tu.

Lebih menambah masalah, laptop aku pulak memang tak boleh terima software yang ada kena mengena dengan design ni sejak daripada zaman part 3 Diploma lagi, masa tu start dengan percubaan aku untuk install software Photoshop. Yang berjaya diinstall cuma versi photoshop 7.0 yang agak out of date berbanding dengan CS3.

Setakat ni, satu-satunya subjek yang dah complete 100% ialah subjek penulisan skrip. Subjek Penyiaran Radio pulak hampir selesai, tinggal satu skrip je lagi yang belum dirakam sepenuhnya. Makanya, terpaksa la masuk konti yang sejuk tu lagi sekali. Tapi sejuk-sejuk pun, dapat masuk konti tu merupakan satu lagi pengalaman yang berharga untuk aku. Subjek lain pulak masih ada perkara-perkara yang tersisa untuk diselesaikan sebelum cuti semester bermula. Harap-harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. INSYA-ALLAH

Wassalam

Sunday, October 3, 2010

MEDIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI


Media merangkumi semua jenis medium yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu perkara, seperti berita semasa dan sebagainya. Terdapat 2 jenis media iaitu media elektronik dan juga media cetak. Medium seperti televisyen dan radio merupakan antara contoh media elektronik manakala surat khabar, majalah dan risalah merupakan antara contoh media cetak. Tetapi sebenarnya, sejauh manakah kebenaran berita yang disampaikan melalui media.
Mungkin ada berita yang benar dan mungkin juga ada yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita., seperti hanya menulis persepsi mereka mengenai sesuatu perkara itu tanpa mengambil peduli tentang realiti yang tersirat di sebaliknya.
Sebagai contoh, kita mungkin boleh melihat betapa masyarakat di negara-negara barat yang memandang serong kepada orang-orang yang beragama Islam. Mereka beranggapan bahawa Islam adalah pencetus kepada keganasan yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya selepas tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 september 2001. Islam terus dikecam selepas tragedi tersebut.
Dari sini dapat dilihat bahawa betapa teruknya persepsi media barat sehingga masyarakat mereka membenci dan memandang hina kepada orang-orang Islam, sedangkan realitinya, bukan semua orang yang beragama Islam itu ganas. Hal ini dapatlah diibaratkan seperti kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Selain itu, persepsi media barat terhadap masyarakat Islam juga telah menyebabkan orang-orang Islam menjadi mangsa diskriminasi di kebanyakan negara, terutamanya di negara-negara barat. Mereka sukar untuk diterima bekerja, terutamanya bagi yang memakai tudung. Selain itu orang-orang Islam juga menerima sekatan dan melalui proses pemeriksaan yang ketat di lapangan terbang, terutamanya di Amerika Syarikat, kerana mereka selalunya akan dianggap sebagai pengganas.
Dalam hal yang sensitif seperti perkara yang berkaitan dengan isu keagamaan dan perkauman seperti ini, media sebenarnya dapat membantu untuk memperbetulkan kembali persepsi yang salah, terutamanya media di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majoriti daripada penduduknya adalah orang-orang Islam dan sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), laporan media mengenai apa sebenarnya Islam mungkin dapat membersihkan kembali nama Islam itu sendiri terutamanya pada pandangan masyarakat dunia.
Persepsi-persepsi buruk terhadap Islam haruslah dihentikan segera agar masyarakat dan komuniti Islam di seluruh dunia tidak lagi hidup dalam diskriminasi. Dapatlah dilihat bahawa media memberi impak dan kesan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Selain itu juga, adalah betapa pentingnya bagi media untuk melaporkan sesuatu perkara itu selepas mempunyai bukti dan sumber yang kukuh agar ianya berlandaskan realiti berbanding dari hanya sebuah persepsi yang seterusnya memporak-perandakan masyarakat.

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream