Sunday, October 3, 2010

MEDIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI


Media merangkumi semua jenis medium yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu perkara, seperti berita semasa dan sebagainya. Terdapat 2 jenis media iaitu media elektronik dan juga media cetak. Medium seperti televisyen dan radio merupakan antara contoh media elektronik manakala surat khabar, majalah dan risalah merupakan antara contoh media cetak. Tetapi sebenarnya, sejauh manakah kebenaran berita yang disampaikan melalui media.
Mungkin ada berita yang benar dan mungkin juga ada yang ditokok tambah untuk menyedapkan cerita., seperti hanya menulis persepsi mereka mengenai sesuatu perkara itu tanpa mengambil peduli tentang realiti yang tersirat di sebaliknya.
Sebagai contoh, kita mungkin boleh melihat betapa masyarakat di negara-negara barat yang memandang serong kepada orang-orang yang beragama Islam. Mereka beranggapan bahawa Islam adalah pencetus kepada keganasan yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya selepas tragedi serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 11 september 2001. Islam terus dikecam selepas tragedi tersebut.
Dari sini dapat dilihat bahawa betapa teruknya persepsi media barat sehingga masyarakat mereka membenci dan memandang hina kepada orang-orang Islam, sedangkan realitinya, bukan semua orang yang beragama Islam itu ganas. Hal ini dapatlah diibaratkan seperti kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Selain itu, persepsi media barat terhadap masyarakat Islam juga telah menyebabkan orang-orang Islam menjadi mangsa diskriminasi di kebanyakan negara, terutamanya di negara-negara barat. Mereka sukar untuk diterima bekerja, terutamanya bagi yang memakai tudung. Selain itu orang-orang Islam juga menerima sekatan dan melalui proses pemeriksaan yang ketat di lapangan terbang, terutamanya di Amerika Syarikat, kerana mereka selalunya akan dianggap sebagai pengganas.
Dalam hal yang sensitif seperti perkara yang berkaitan dengan isu keagamaan dan perkauman seperti ini, media sebenarnya dapat membantu untuk memperbetulkan kembali persepsi yang salah, terutamanya media di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majoriti daripada penduduknya adalah orang-orang Islam dan sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam(OIC), laporan media mengenai apa sebenarnya Islam mungkin dapat membersihkan kembali nama Islam itu sendiri terutamanya pada pandangan masyarakat dunia.
Persepsi-persepsi buruk terhadap Islam haruslah dihentikan segera agar masyarakat dan komuniti Islam di seluruh dunia tidak lagi hidup dalam diskriminasi. Dapatlah dilihat bahawa media memberi impak dan kesan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Selain itu juga, adalah betapa pentingnya bagi media untuk melaporkan sesuatu perkara itu selepas mempunyai bukti dan sumber yang kukuh agar ianya berlandaskan realiti berbanding dari hanya sebuah persepsi yang seterusnya memporak-perandakan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream