Tuesday, November 30, 2010

Salah ke berimaginasi?

Assalammualaikum..

Hari ni rasa terpanggil untuk menulis tentang imaginasi selepas selalu diperlekehkan oleh sorang hamba Allah ni. Mungkin salah aku jugak sebab membangkitkan soal imaginasi di khalayak ramai. Rasanya dah banyak kali aku tegaskan yang
Imaginasi aku taklah sampai tahap Mat Jenin ataupun watak Nina dalam drama Cik Ah Cik Nin tu. Lebih jelas lagi, aku masih sedar dan masih berdiri di bumi yang nyata.
Tapi entahlah kenapa manusia yang satu ni asyik mempersendakan aku pasal isu ni, sampai kadang2 aku serius pun dia masih nak menganjing aku. Usia dia yang lebih tua dari aku mungkin tak menjanjikan kematangan. Yelah kata orang usia tu kadang-kala tak menunjukkan kematangan seseorang tu. Mungkin jugak dia tak tau yang imaginasi ni ada jugak kepentingannya yang membolehkan seseorang tu jadi lebih kreatif dan xberfikiran sempit. Lagipun setahu aku, aku xprnh pulak menyusahkan orang jauh sekali menyusahkan dia. Untuk hamba Allah tu, aku nak ucapkan, teruskanlah dengan perangai yang suka sangat memperlekehkan orang tu!

Wassalam

Monday, November 29, 2010

Saya dah Grad^^


Assalammualaikum..

28hb November 2010 telah mencatat satu lagi sejarah bermakna dalam hidup, iaitu dengan rasminya telah bergelar graduan diploma komunikasi & pengajian media UiTM. Gembira sampai tak mampu nak senyum dah. Menggigil masa nak naik pentas untuk ambik skrol. Penat lelah selama 3 tahun akhirnya berbaloi, walaupun hanya mendapat 1 bintang je. Dan walaupun aku xbanyak bergambar, tapi dah rasa puas hati dapat jumpa dengan kenalan2 yang dikenali waktu diploma, "It started with UiTM Melaka". Macam2 ekspresi muka dapat aku lihat semalam. Aku, macam biasalah, suhu sejuk menyelubungi seluruh badan. Nasib baik tak salam Pro-canselor, kalau tak mesti dia dapat rase suhu tangan aku yang sejuk, mcm baru lps pegang salji. Itupun dia dah kerutkan muka sikit bila tgk muka aku yg kurang senyuman. Almaklumlah, nervousness is normal haha^^. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang membantu aku sepanjang 3 tahun lalu, terutamanya mak, abang dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat utk aku meneruskan pengajian hingga berjaya menjadi graduan sekarang ni.
Aku harap aku mampu menghabiskan degree sepertimana aku mampu menamatkan diploma dengan jayanya..Amin






Oh ya, alkisahnya, sebelum bergerak ke Shah Alam untuk menyertai majlis konvokesyen UiTM yang ke-73 untuk sidang yang ke-6 ni, tumit kasut aku tercabut, yang membuatkan kasut tu lebih bersejarah lagi, ia sbnrnya dibeli masa tahun 2007, masa aku nak masuk belajar kat UiTM Melaka tercinta.. ish2x mak aku dah membebel sebab aku tak nak beli kasut baru, hmm memang padanlah dengan muka aku. Nak dijadikan cerita lagi, aku dah lah memang xsuka pakai kasut tumit tinggi ni, sebab kasut camtu akan membataskan pergerakan aku yang suka speed kalau berjalan.

Wassalam

Saturday, November 20, 2010

Oh cuti semester~ Saranghae



Assalammualaikum..

Selepas berhempas-pulas bagai nak gila sepanjang semester 3 di peringkat degree ni, akhirnya tibalah cuti semester yang dinanti. Walaupun cuti, serius cakap, kepala aku masih memikirkan hasil daripada kerja-kerja yang dah aku buat sepanjang sem. Sangat RISAU!..teringat sebelum nak mula sambung di peringkat degree ni dulu, senior-senior siap bagi amaran yang life degree sangat tak sama dgn life diploma kat Melaka tu. Aku ingat dorang auta je, tapi rupa-rupanya sangatlah benar belaka, sampai aku rasa tak tahan sangat-sangat dan kepala rasa nak pecah. Mana taknya, tgh2 org lain fokus study utk final exam, kitorang plak masih perlu siapkan assignment yang menjelmakan diri secara tiba-tiba. Dah tu, blaja kat sini perlu sentiasa on-call mcm doktor plak..kena ready bila-bila masa je klau lec suh dtg jmpe dorang. Kalau ditadah air mata yang keluar dari mata aku ni, mau penuh sebaldi aku rase. Sampai skang, kecut perut tu masih ada. Harap-harap result aku ok dan moga2 lulus semua subjekla hendak-Nya. Amin.

Back to cuti sem, alkisahnya aku patut dah pegi sambung blaja bawak kete dah ni..tapi kena tangguh sekejap utk bagi laluan pada hari konvokesyen 28hb ni dulu. Well yes azab diploma dah lepas n skrg tiba saat untuk amik skrol dengan happynya..Happy convo day Friends!
Hmm cuti sem biasenya aku habiskan masa dengan melayari internet sambil mencari drama2 dan lagu2 hot baru dari Korea, memang itu je lah aktiviti wajib aku setiap kali cuti sem. Yelah bila dah masuk study balik, payah nak buat semua ni..ini je lah masenya aku nak buat benda yang aku suka. Nasib baik mak jenis yang sporting, sebab dia pun kadang2 join sekaki aku tgk drama Korea. Cte2 favourite dia biasanya morning drama kat KBSworld^^..Oh ya, skang aku tgh lyn We Got Married-Khuntoria couple ngan cte Secret Garden, best sangat-sangat dan aku sangat suka style rambut Ha Ji Won dalam drama tu, cool. Orait, penat plak jari menaip. stop sampai sini dulu la. Aku akan update lagi bila aku rase nak update..

Wassalam

Saturday, November 6, 2010

Happy 5th Anniversary Super Junior



Assalammualaikum
6 November 2010, genaplah lima tahun penubuhan kumpulan Super Junior yang mempunyai 13 orang ahli. Walaupun kini hanya 10 orang sahaja yang masih meneruskan aktiviti sebab baki tiga orang ahli lagi mempunyai alasan yang tersendiri, bagi kami E.L.F(Everlasting Friends), SJ akan tetap selamanya dianggotai oleh 13 orang tersebut. Untuk Hangeng, Kibum dan Kangin, we are waiting for you to be back! Tak ketinggalan, Zhoumi dan Henry yang juga merupakan sebahagian SJ big family-15 peoples.

SJ merupakan permulaan kepada minat aku untuk mendengar muzik K-pop ni. SJ hwaiting, Saranghae :)
Lets cover this world with pearl sapphire blue sea^^ Not an end but an and..

Wassalam

Thursday, November 4, 2010

K-Pop di Malaysia..





















Assalammualaikum..
Selepas Super Junior, Ukiss, Beast, Brian Joo, ZE:A dan JYJ, sekarang giliran Jay Park dan Wonder Girls pulak untuk aksi konsert dan fan meeting kat sini. K-pop semakin mendapat tempat di Malaysia.

Kalau dulu kita hanya mampu tgk dorang dlm tv je, skrg makin byk peluang untuk tgk dorang secara live. Wonder Girls sebenarnya dh dtg sini jugak masa MTV World Stage kat Sunway Lagoon beberapa bulan lepas, tapi kali ni dorang datang lagi untuk konsert pertama di Malaysia, memang sesuatu yg dinantikan oleh semua Wonderfuls. Jay Park pulak datang untuk 1st Fan Meeting kat sini untuk jumpe dgn Malaysia Jay Walkers, dan dgr khabarnya tiket paling mahal yg berharga RM600 dah sold out.

Bagi yang berminat, Fan Meeting Jay Park akan diadakan di PICC Putrajaya 4 Disember ni manakala Konsert Wonder Girls pulak di Arena of Stars Genting Highlands pada 11 Disember nanti..KPOP JJANG :)

Wassalam

p/s: Tggu announcement pasal new organiser utk Super Junior SS3 in Malaysia yg sepatutnya diadakan 26hb Mac 2011

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream