Monday, November 29, 2010

Saya dah Grad^^


Assalammualaikum..

28hb November 2010 telah mencatat satu lagi sejarah bermakna dalam hidup, iaitu dengan rasminya telah bergelar graduan diploma komunikasi & pengajian media UiTM. Gembira sampai tak mampu nak senyum dah. Menggigil masa nak naik pentas untuk ambik skrol. Penat lelah selama 3 tahun akhirnya berbaloi, walaupun hanya mendapat 1 bintang je. Dan walaupun aku xbanyak bergambar, tapi dah rasa puas hati dapat jumpa dengan kenalan2 yang dikenali waktu diploma, "It started with UiTM Melaka". Macam2 ekspresi muka dapat aku lihat semalam. Aku, macam biasalah, suhu sejuk menyelubungi seluruh badan. Nasib baik tak salam Pro-canselor, kalau tak mesti dia dapat rase suhu tangan aku yang sejuk, mcm baru lps pegang salji. Itupun dia dah kerutkan muka sikit bila tgk muka aku yg kurang senyuman. Almaklumlah, nervousness is normal haha^^. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang membantu aku sepanjang 3 tahun lalu, terutamanya mak, abang dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat utk aku meneruskan pengajian hingga berjaya menjadi graduan sekarang ni.
Aku harap aku mampu menghabiskan degree sepertimana aku mampu menamatkan diploma dengan jayanya..Amin






Oh ya, alkisahnya, sebelum bergerak ke Shah Alam untuk menyertai majlis konvokesyen UiTM yang ke-73 untuk sidang yang ke-6 ni, tumit kasut aku tercabut, yang membuatkan kasut tu lebih bersejarah lagi, ia sbnrnya dibeli masa tahun 2007, masa aku nak masuk belajar kat UiTM Melaka tercinta.. ish2x mak aku dah membebel sebab aku tak nak beli kasut baru, hmm memang padanlah dengan muka aku. Nak dijadikan cerita lagi, aku dah lah memang xsuka pakai kasut tumit tinggi ni, sebab kasut camtu akan membataskan pergerakan aku yang suka speed kalau berjalan.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream