Saturday, November 20, 2010

Oh cuti semester~ Saranghae



Assalammualaikum..

Selepas berhempas-pulas bagai nak gila sepanjang semester 3 di peringkat degree ni, akhirnya tibalah cuti semester yang dinanti. Walaupun cuti, serius cakap, kepala aku masih memikirkan hasil daripada kerja-kerja yang dah aku buat sepanjang sem. Sangat RISAU!..teringat sebelum nak mula sambung di peringkat degree ni dulu, senior-senior siap bagi amaran yang life degree sangat tak sama dgn life diploma kat Melaka tu. Aku ingat dorang auta je, tapi rupa-rupanya sangatlah benar belaka, sampai aku rasa tak tahan sangat-sangat dan kepala rasa nak pecah. Mana taknya, tgh2 org lain fokus study utk final exam, kitorang plak masih perlu siapkan assignment yang menjelmakan diri secara tiba-tiba. Dah tu, blaja kat sini perlu sentiasa on-call mcm doktor plak..kena ready bila-bila masa je klau lec suh dtg jmpe dorang. Kalau ditadah air mata yang keluar dari mata aku ni, mau penuh sebaldi aku rase. Sampai skang, kecut perut tu masih ada. Harap-harap result aku ok dan moga2 lulus semua subjekla hendak-Nya. Amin.

Back to cuti sem, alkisahnya aku patut dah pegi sambung blaja bawak kete dah ni..tapi kena tangguh sekejap utk bagi laluan pada hari konvokesyen 28hb ni dulu. Well yes azab diploma dah lepas n skrg tiba saat untuk amik skrol dengan happynya..Happy convo day Friends!
Hmm cuti sem biasenya aku habiskan masa dengan melayari internet sambil mencari drama2 dan lagu2 hot baru dari Korea, memang itu je lah aktiviti wajib aku setiap kali cuti sem. Yelah bila dah masuk study balik, payah nak buat semua ni..ini je lah masenya aku nak buat benda yang aku suka. Nasib baik mak jenis yang sporting, sebab dia pun kadang2 join sekaki aku tgk drama Korea. Cte2 favourite dia biasanya morning drama kat KBSworld^^..Oh ya, skang aku tgh lyn We Got Married-Khuntoria couple ngan cte Secret Garden, best sangat-sangat dan aku sangat suka style rambut Ha Ji Won dalam drama tu, cool. Orait, penat plak jari menaip. stop sampai sini dulu la. Aku akan update lagi bila aku rase nak update..

Wassalam

No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream