Tuesday, November 30, 2010

Salah ke berimaginasi?

Assalammualaikum..

Hari ni rasa terpanggil untuk menulis tentang imaginasi selepas selalu diperlekehkan oleh sorang hamba Allah ni. Mungkin salah aku jugak sebab membangkitkan soal imaginasi di khalayak ramai. Rasanya dah banyak kali aku tegaskan yang
Imaginasi aku taklah sampai tahap Mat Jenin ataupun watak Nina dalam drama Cik Ah Cik Nin tu. Lebih jelas lagi, aku masih sedar dan masih berdiri di bumi yang nyata.
Tapi entahlah kenapa manusia yang satu ni asyik mempersendakan aku pasal isu ni, sampai kadang2 aku serius pun dia masih nak menganjing aku. Usia dia yang lebih tua dari aku mungkin tak menjanjikan kematangan. Yelah kata orang usia tu kadang-kala tak menunjukkan kematangan seseorang tu. Mungkin jugak dia tak tau yang imaginasi ni ada jugak kepentingannya yang membolehkan seseorang tu jadi lebih kreatif dan xberfikiran sempit. Lagipun setahu aku, aku xprnh pulak menyusahkan orang jauh sekali menyusahkan dia. Untuk hamba Allah tu, aku nak ucapkan, teruskanlah dengan perangai yang suka sangat memperlekehkan orang tu!

Wassalam

No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream