Thursday, December 2, 2010

DIGI Live K-POP Party 2011


Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik dah sampai bulan terakhir dalam tahun 2010..this is my december, this is my time of the year. Sebagai pembuka tirai untuk event K-Pop tahun 2011, Digi dan jugak Universal Music Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Live K-pop party 2011 dengan membawa 3 artis terkenal dari Korea iaitu kumpulan Beast, 4Minute dan jugak G.NA yang merupakan artis-artis dari Cube Entertainment, di mana live showcase tersebut akan diadakan pada 13 Januari 2011 di Stadium Negara.

Ini merupakan kunjungan kali kedua bagi kumpulan Beast yang dah pernah membuat showcase kat Malaysia masa bulan jun yang lepas. Sesape yang pergi mesti tau betapa agak kecoh jugak la mase showcase tu, n untuk yang Xberpeluang pergi masa tu, inilah masenya untuk korang tengok performance dari dorang plus dengan 4Minute dan jugak G.NA :). Bagi pelanggan Digi, korang boleh pergi ke launching k-pop party yang akan diadakan pada 5 disember iaitu hari ahad ni di One Utama pukul 12tghri untuk cuba mendapatkan meet&greet passes yang membolehkan korang jumpe dengan artis-artis di atas secara in-person. Kalau tak dpt pas percuma, apa lagi belilah tiket-tiket yang dibahagikan kpd 3 kategori iaitu Platinum-RM350, Gold-RM200 dan Silver-RM120.
Maklumat lanjut boleh tgk di:

Wassalam

No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream