Sunday, August 28, 2011

We Will Wait For Kim Heechul


22 ogos lalu aku menangis, dan hari ini aku menangis lagi, kenapa? mungkin kalau diceritakan sebabnya, orang yang bukan kipas susah mati macam aku ni akan ketawa. Sebabnya hanya kerana Kim Heechul akan menyertai aktiviti ketenteraan yang wajib untuk kaum lelaki Korea Selatan. Aku sedih sebab bagi aku dia dan ahli2 SJ yang lain banyak buat aku ketawa, kagum, bersemangat, menangis dan macam-macam lagi perasaan yang tak dapat digambarkan.Mereka ibarat vitamin apatah lagi Heechul merupakan salah satu daripada tulang belakang SJ selain Leeteuk yang akan turut menyertai latihan ketenteraan tahun depan.


Sekali lagi terima kasih kerana mewarnai dunia aku dengan bermacam ragam. Mungkin tempoh 2 tahun ni aku akan rasa macam sedikit kekurangan, tapi memikirkan yang oppa akan kembali sebagai seorang yang lebih baik lagi pada masa akan datang, kami akan terus menunggu saat dia tamat latihan tersebut.

Hari ni merupakan persembahan terakhirnya di pentas Inkigayo sebelum menyepi selama 2 tahun. Aku harap tahun-tahun tanpa Kim Heechul akan berlalu dengan cepat. Cepatlah kembali dan buat kami ketawa lagi. 1 September, permulaan baru untuk Kim Heechul, Super Junior dan juga kami E.L.F.



Milky White Skin Kim Heechul Saranghaeyo Kim Heechul!

Wednesday, August 24, 2011

Mrshfly3424day


Happy birthday Yesung oppa..Keep on singing with your beautiful voice^^

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream