Friday, September 9, 2011

Kisah raya-raya & Semester baru

Setelah berpuasa selama 29 hari, umat Islam kat Malaysia ni pun menyambut hari raya pada 30 Ogos lepas. Aku, mcm biasa beraya di Perak. Bagi aku takde apa yang menarik pun raya kali ni, sekadar menghabiskan masa menonton tv yang mana kebanyakan daripada filem-filem yang ditayangkan tu aku dah pernah tengok. Selain tu aku seperti biasa jugak meneliti kuih-kuih tunjuk yang ada kat dapur, sekadar melihat-lihat kalau-kalau ada kuih yang aku tak pernah tengok dan kali ni aku jumpa tart yang berwarna ungu perisa blueberry, bak kata Usop Wilcha "euww perisa blueberry, my favourite"XD

Hari raya yang ketiga barulah berpeluang menziarah rumah sedara-mara sekitar Perak, itupun hanya pegi rumah Mak long Eni dengan rumah Opah Ham di Pekan Sungkai. Alhamdulillah aku masih dapat duit raya walaupun tak sebanyak tahun-tahun sebelumnya, almaklumlah patutnya tak layak dpt pun. Duit raya kali ni berjumlah "Ee baek sa ship ringgit" je, yang mana paling latest dibagi oleh Aunty Farah semalam, classmate Kelas bahasa Korea aku^^.

Kisah raya dah habis, semester baru pulak dah nak bermula. satu perkataan je untuk menggambarkan perasaan aku, BOSAN. Tapi memandangkan ini merupakan semester terakhir sebelum start praktikal, aku akan cuba buang rasa bosan tu. Harap-harap semester ni lebih baik berbanding yang sebelum-sebelumnya.

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream