Monday, November 28, 2011

Apa Cerita?- 2PM hands up asia tour in Malaysia Press Conference & Concert







Pop Dance Group, 2PM telah berada di Malaysia selama lebih kurang 4 hari 3 malam sempena dengan konsert jelajah Asia, bermula daripada hari rabu sehinggalah hari sabtu. Kali ni aku rasa sangat bertuah sebab berpeluang menghadiri press conference jugak selain daripada ke konsert mereka.

Press conference 2PM diadakan di Hotel Hilton KL bermula pukul 3.30 petang di sentral ballroom B pada hari khamis 24 november 2011. Ini merupakan kali pertama aku pergi press conference, satu peluang yang dah lama sangat ditunggu-tunggu. Ini atas dasar untuk menyiapkan assignment TV directing dan jugak pada masa yang sama mencapai mimpi aku selama ni. Atas kerjasama ntv7 dan penganjur konsert, Star Planet maka tercapailah impian ini XD.

Rasa seronok dapat tengok ahli kumpulan 2PM secara dekat, Taecyeon, Nichkhun, Junsu, Wooyoung, Junho dan Chansung sangat hensem!!!

Esoknya pulak, 25 november 2011..masa untuk buat liputan untuk konsert. Secara keseluruhannya aku sangat puas hati dapat tengok konsert ni, di mana sebanyak 25 buah lagu telah dipersembahkan berserta dengan VCR yang menarik dan persembahan 2PM memang best,cuma pada pendapat aku saiz stage tu mungkin patut lebih besar lagi daripada tu. Fanservice pun bagus, especially Taecyeon yang sanggup "terjun" dalam area rockzone untuk lebih dekat dengan fans. Harap-harap mereka akan datang lagi dan aku akan pegang kata-kata Junho "saya akan balik lagi". Sesungguhnya ini memang satu pengalaman yang best dan aku harap dapat pergi press conference Super Junior pulak lepas ni :) PUT YOUR HANDS UP!


No comments:

Post a Comment

My Klef Treble Music Cafe



Super Junior-In My Dream